Monday, January 27, 2014

DEFINISI

Etika Kerja                         

  • Satu set peraturan kerja yang menjelaskan tanggungjawab dan tingkah laku yang sepatutnya ada pada seseorang dalam bidang professionalnya; dan
  • Menekankan pembentukan tingkah laku individu ke arah yang konsisten dengan norma- norma kumpulan profesioan tertentu.

Etika Peringatan

  • Satu set nilai dan peraturan yang mengandungi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi perniagaan; dan
  • Menekankan kepada standard moral yang digunakan dalam polisi perniagaan, institusi dan sikap.

Tanggunjawab sosial 


  • Kewajipan sesuatu organisasi memberi sumbangan untuk kebajikan masyarakat; dan
  • Sumbangan seperti menjaga alam sekitar, menderma membina kemudahan dan lain.

ETIKA DALAM DUNIA PERNIAGAAN

Masalah etika menimbulkan masalah dalam pengurusan disebabkan oleh wujudnya konflik di antara prestasi ekonomi dan sosial.

Apabila wujud kepelbagaian tanggapan seperti adakah tindakan yang dibuat atau diambil itu betul, cara yang digunakan betul dan memang patut. Maka dengan itu, keputusan dalam pengurusan perlu diambil sebagai cara untuk mengatasi dilema etika tersebut.

Antara ciri-ciri masalah etika yang timbul di dalam pengurusan adalah:

·         Kebanyakkan keputusan etika mempunyai akibat berpanjangan;
·         Kebanyakkan keputusan etika mempunyai pelbagai alternative;
·         Kebanyakkan keputusan etika mempunyai implikasi perorangan;
·         Kebanyakkan keputusan etika mempunyai ketidakpastian akibatnya; dan
·         Kebanyakkan keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur aduk.

Manakala, contoh-contoh masalah etika yang wujud di dalam pengurusan antaranya ialah:

i)              Peletakkan harga :

Kesan daripada peletakkan harga boleh menimbulkan kesan yang memudaratkan pelanggan.  Sebagai contoh, kadar faedah simpanan di bank adalah berbeza-beza antara satu bank dengan bank yang lain. Menyimpan di bank yang mempunyai kedudukan kewangan yang lebih kukuh dan besar akan memberi faedah yang lebih terjamin berbanding dari bank kecil. Begitu juga dengan caj yang dikenakan di mana ianya adalah berbeza-beza.

ii)             Promosi barangan:

Jika terdapat promosi barangan yang bertentangan dengan etika, nilai serta norma kehidupan dan tidak memenuhi keperluan tetapi menggambarkan lebih dari itu, maka ianya akan menimbulkan kesan penolakan daripada masyarakat.

iii)            Suasana kerja:

Jika suasana di tempat kerja tidak mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan, kebersihan dan sebagainya, ianya akan pasti mewujudkan tentangan daripada pihak pekerja dan kesatuan sekerja itu sendiri. Ini adalah kerana ia bercanggah dengan etika kerja yang mementingkan keselamatan pekerja terlebih dahulu selain persekitaran selamat dan bersih.

iv)           Perkhidmatan pelanggan:

Pelanggan adalah aset penting kepada syarikat. Jika syarikat tidak dapat memberikan perkhidmatan yang baik dan menjaga kepentingan pelanggannya, maka dari sudut etika syarikat berkenaan ia boleh dianggap telah melanggar perjanjian untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti.


Analisis masalah etika di dalam pengurusan antaranya:

i)              Analisis ekonomi

Teori makro dan mikro ekonomi bergantung kepada pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya boleh membantu di dalam sebahagian permasalahan etika.

ii)             Analisis undang-undang

Sekiranya masalah etika menjadi lebih besar, maka undang-undang boleh diguna pakai untuk menguruskan dan menyelesaikan masalah ini.

iii)            Analisis etika


Dalam suasana normative philosophy, setiap orang mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang sama dan kemudian rakan atau sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat layanan yang adil.

MENGUKUR TANGGUNGJAWAB MORAL

Darjah ukuran untuk melihat setiap individu itu melaksanakan tanggungjawab moralnya boleh dilihat dalam tiga (3) keadaan iaitu:

a)    Ilmu dan kebebasan (knowledge and freedom)

Ilmu pengetahuan menjadi ukuran utama di dalam meletakkan seseorang itu untuk terus menyumbang tanggungjawab sosial kepada masyarakat di mana semakin tinggi ilmu yang diperolehi maka semakin bebas untuk berfikir tentang kebaikan moral dan tanggungjawab sosialnya. Walau bagaimanapun, ada yang mempunyai ilmu tinggi tetapi sanggup melanggar etika atas nama kebebasan.

b)    Pengabaian dan kejahilan (ignorance)

Kejahilan terhadap sesuatu kadang-kadang mendorong seseorang itu untuk melakukan tindakan bodoh yang bercanggah dengan moralnya dan ada ketika sikap menggabaikan sesuatu turut mendorong kepada pelanggaran etika seseorang.

c)    Paksaan (Coersion)

Ada ketikanya, seseorang individu itu juga tahu akan tindakannya bercanggah dengan etika dan moral tetapi kerana terpaksa atau dipaksa telah menyebabkan ianya terus dilakukan.

ETIKA DALAM KONTEKS ORGANISASI

  • Hanya individu sahaja yang mempunyai etika;
  • Organisasi tidak mempunyai etika tetapi boleh berperanan untuk mengawasi etika ahli organisasinya;
  • Ianya boleh dilakukan melalui penetapan “nilai dan kod etika” bagi organisasi tersebut; dan
  • Kod etika adalah merupakan penyataan bertulis mengenai nilai dan etika yang mahu dicapai oleh organisasi terhadap anggotanya. Sebarang pelanggaran kod tersebut akan dikenakan hukuman dan tindakan oleh organisasi.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM ORGANISASI

Tanggungjawab sosial adalah satu set obligasi yang mana organisasi tersebut perlu mempertahankan dan melaksanakan demi masyarakat di mana ia beroperasi;
  • Setiap tanggungjawab sosial perlu memberi kebaikan dan faedah kepada masyarakat yang menerima sumbangan tanggungjawab sosial.

Cara memperkenalkan organisasi kepada tanggungjawab sosial:
  • Menilai organisasi kepada tanggungjawab sosial adalah melalui rajah berikut:

Tanggungjawab sosial boleh dilakukan seperti di bawah:


Kerajaan dan tanggungjawab sosial

Bagi mewujudkan tanggungjawab sosial antara hubungan kerajaan dan organisasi adalah secara dua hala (timba balik) yang mana :

a)    Kerajaan mempengaruhi organisasi perniagaan; dan
b)    Organisasi perniagaan mempengaruhi kerajaan.


a)    Kerajaan mempengaruhi perniagaan melalui:

i)        Undang-undang alam sekitar;
ii)       Undang-undang pengguna;
iii)      Undang-undang pekerja;
iv)     Undang-undang berkaitan dengan saham; dan
v)      Kod percukaian.



b)    Perniagaan mempengaruhi kerajaan melalui:

i)    Hubungan peribadi dan pengaruh;
ii)   Lobi-melobi;
iii)  Politik; dan
iv)  Ehsan.


Tanggungjawab sosial boleh diuruskan dan diatasi melalui dua (2) pendekatan antaranya:


a)    Pendekatan secara Formal :

i)        Patuh kepada undang-undang

Merujuk kepada sejauh mana organisasi itu patuh kepada undang-undang tempatan, negeri, persekutuan dan antarabangsa.

ii)       Patuh kepada  etika

Merujuk kepada sejauh mana anggota organisasi patuh kepada kod etika yang ditetapkan oleh organisasi yang mengawasi kelakuan moral mereka.

iii)      Pemberian derma dan sumbangan

Merujuk kepada segala bentuk bantuan, dorongan, hadiah atau program yang diwujudkan untuk kumpulan tertentu.



b)    Pendekatan tidak formal

i)        Pemimpin dalam organisasi dan budaya

Merujuk kepada bagaimana kepimpinan organisasi menerapkan tanggungjawab sosial dalam organisasi sehingga berjaya mewujudkan budaya kerja dan budaya korporat bagi organisasi tersebut.



ii)             Whistle Blowing

Merujuk kepada istilah bagaimana seseorang pekerja membuat bising atau war-war mengenai sesuatu yang bertentangan dengan etika dan sesuatu yang menyalahi undang-undang dengan berbagai-bagai cara dan tindakan.


ASAL USUL DAN IDEA TANGGUNGJAWAB SOSIAL

i)              Era Keusahawanan

  • Ia bermula sekitar tahun 1800an di Amerika Syarikat
  • Usahawan-usahawan yang berjaya di Amerika Syarikat adalah seperti John d. Rockfeller, Comellius Vanderbilt, JP. P. Morgan dan Andrew Carneige telah memainkan peranannya dalam membantu rakan-rakan usahawan dan industri untuk terus berkembang. Mereka melakukan perkara ini kerana atas rasa tanggungjawab terhadap masyarakat
  • Hasil daripada tindakan ini telah mewujudkan hubungan baik di dalam perniagaan antara semua pihak, perniagaan, kerajaan dan masyarakat.

ii)             Era Kemelesetan

  • Berlaku sekitar tahun 1930an di mana Amerika Syarikat ketika itu menghadapi zaman kemelesetan ekonomi.
  • Kemelesetan ini telah memberi kesan ekonomi kepada syarikat-syarikat perniagaan terutama syarikat-syarikat kecil yang pasti akan menghadapi masalah kewangan dan sebagainya untuk terus bersaing di dalam pasaran.
  • Rentetan dari peristiwa itu, maka timbul ilham dari syarikat besar yang kukuh dan kuat untuk membantu syarikat kecil bagi menyelamatkan mereka dari gulung tikar.
  • Ini bermakna, syarikat besar memberi bantuan apa sahaja asalkan ianya dapat menyelamatkan syarikat kecil yang berpotensi dan secara tidak langsung memperbaiki ekonomi negara.
  • Hasil dari tindakan ini, ianya boleh dianggap sebagai salah satu tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan di saat-saat negara menghadapi kemelesetan ekonomi.

iii)            Era Sosial


  • Berlaku sekitar tahun 1960an yang mana Amerika Syarikat telah mengalami zaman bermasyarakat atau era sosial.
  • Presiden John F. Kennedy yang pada ketika itu telah memperkenalkan empat (4) asas hak sebagai pengguna iaitu:
a)    Hak mendapat produk yang selamat;
b)    Hak untuk mendapat segala maklumat yang relevan mengenai produk;
c)    Hak untuk membuat bantahan terhadap produk; dan
d)    Hak pengguna untuk memilih dan membeli produk.


  • Dan akhirnya, idea ini telah muncul atas sebab-sebab:
a)    Kepada siapa organisasi perniagaan itu patut bertanggungjawab?; dan
b)   Siapa di dalam organisasi yang patut bertanggungjawab terhadap keluaran organisasi?.

SOALAN

KES:
Sebuah syarikat multinational ingin bekerjasama dengan sebuah syarikat luar negara yang berpegang teguh kepada budaya di mana semua urusan perlu dilakukan oleh orang lelaki. Syarikat ini langsung tidak dapat menerimanya jika urusan tersebut diserahkan kepada eksekutif wanita. Lantaran itu, demi kebaikan perniagaan, syarikat multinational tadi telah mengenepikan eksekutif wanitanya dalam semua urusan, perjumpaan dan perundingan perniagaan. Hakikat ini telah mewujudkan keadaan “double standard” dan diskriminasi dalam organisasi tersebut di antara pekerja lelaki dan wanita.


Soalan 1
Bolehkah di dalam kes tersebut, pihak pengurusan syarikat multinational itu menggunakan alasan ‘terpaksa’ demi kepentingan perniagaan ?
Kaedah penyelesaian :
  • Kaedah penyelesaian eternal law atau natural law ;
  • Kaedah penyelesaian utitarianism; dan
  • Kaedah penyelesaian silang budaya.

Soalan 2
Apakah elemen-elemen untuk kod etika amalan perniagaan?
  • Di Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia tidak merumuskan lima elemen yang merangkumi kod etika amalan perniagaan. Ia disebut sebagai “Pancacara Perniagaan Beretika”. Perniagaan ini disebut sebagai:
    • Mengenali dan menerima hak-hak pengguna;
    • Mengamalkan kejujuran, etika dan perniagaan yang tidak mengelirukan;
    • Tidak mengeluarkan kenyataan yang menipu dan palsu;
    • Mengamalkan persaingan yang sihat; dan
    • Bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Soalan 3
Apakah yang dimaksudkan dengan etika?
  • Etika adalah merupakan kepercayaan peribadi individu samada keputusan , kelakuan
    atau tindakan betul atau salah.

Soalan 4
Maksud tanggungjawab sosial adalah?
  • Tanggungjawab sosial adalah satu set obligasi yang mana organisasi tersebut perlu mempertahan dan melaksanakan demi masyarakat di mana ia beroperasi. Setiap tanggungjawab sosial perlu memberi kebaikan dan faedah kepada masyarakat yang menerima sumbangan tanggungjawab sosial.

Soalan 5
Apakah empat (4) pendekatan umum firma boleh ambil dengan mengambil kira tanggungjawab sosial?
  • Empat pendekatan yang boleh firma ambil kira adalah:
    • Foreign Corrupt Practices Art (FCPA);
    • Alien Tort Claims Art;
    • Anti-Bribery Convention of The Organization for Economic Coopeation & Development; dan
    • International Labor Organization.

Soalan 6
Apakah yang dimaksudkan “whistle-blower” ?
  • Merujuk kepada istilah bagaimana seseorang pekerja membuat bising atau war-war mengenai sesuatu yang bertentangan dengan etika dan sesuatu yang menyalahi undang-undang dengan berbagai-bagai cara dan tindakan.