Monday, January 27, 2014

MENGUKUR TANGGUNGJAWAB MORAL

Darjah ukuran untuk melihat setiap individu itu melaksanakan tanggungjawab moralnya boleh dilihat dalam tiga (3) keadaan iaitu:

a)    Ilmu dan kebebasan (knowledge and freedom)

Ilmu pengetahuan menjadi ukuran utama di dalam meletakkan seseorang itu untuk terus menyumbang tanggungjawab sosial kepada masyarakat di mana semakin tinggi ilmu yang diperolehi maka semakin bebas untuk berfikir tentang kebaikan moral dan tanggungjawab sosialnya. Walau bagaimanapun, ada yang mempunyai ilmu tinggi tetapi sanggup melanggar etika atas nama kebebasan.

b)    Pengabaian dan kejahilan (ignorance)

Kejahilan terhadap sesuatu kadang-kadang mendorong seseorang itu untuk melakukan tindakan bodoh yang bercanggah dengan moralnya dan ada ketika sikap menggabaikan sesuatu turut mendorong kepada pelanggaran etika seseorang.

c)    Paksaan (Coersion)

Ada ketikanya, seseorang individu itu juga tahu akan tindakannya bercanggah dengan etika dan moral tetapi kerana terpaksa atau dipaksa telah menyebabkan ianya terus dilakukan.