Masalah
etika menimbulkan masalah dalam pengurusan disebabkan oleh wujudnya konflik di
antara prestasi ekonomi dan sosial.
Apabila
wujud kepelbagaian tanggapan seperti adakah tindakan yang dibuat atau diambil
itu betul, cara yang digunakan betul dan memang patut. Maka dengan itu,
keputusan dalam pengurusan perlu diambil sebagai cara untuk mengatasi dilema
etika tersebut.
Antara
ciri-ciri masalah etika yang timbul di dalam pengurusan adalah:
·
Kebanyakkan
keputusan etika mempunyai akibat berpanjangan;
·
Kebanyakkan
keputusan etika mempunyai pelbagai alternative;
·
Kebanyakkan
keputusan etika mempunyai implikasi perorangan;
·
Kebanyakkan
keputusan etika mempunyai ketidakpastian akibatnya; dan
·
Kebanyakkan
keputusan etika mempunyai hasil yang bercampur aduk.
Manakala,
contoh-contoh masalah etika yang wujud di dalam pengurusan antaranya ialah:
i)
Peletakkan
harga :
Kesan daripada peletakkan harga boleh menimbulkan kesan
yang memudaratkan pelanggan. Sebagai
contoh, kadar faedah simpanan di bank adalah berbeza-beza antara satu bank
dengan bank yang lain. Menyimpan di bank yang mempunyai kedudukan kewangan yang
lebih kukuh dan besar akan memberi faedah yang lebih terjamin berbanding dari bank
kecil. Begitu juga dengan caj yang dikenakan di mana ianya adalah berbeza-beza.
ii)
Promosi
barangan:
Jika terdapat promosi
barangan yang bertentangan dengan etika, nilai serta norma kehidupan dan tidak
memenuhi keperluan tetapi menggambarkan lebih dari itu, maka ianya akan
menimbulkan kesan penolakan daripada masyarakat.
iii)
Suasana
kerja:
Jika suasana di tempat
kerja tidak mempunyai ciri-ciri kawalan keselamatan, kebersihan dan sebagainya,
ianya akan pasti mewujudkan tentangan daripada pihak pekerja dan kesatuan
sekerja itu sendiri. Ini adalah kerana ia bercanggah dengan etika kerja yang
mementingkan keselamatan pekerja terlebih dahulu selain persekitaran selamat
dan bersih.
iv)
Perkhidmatan
pelanggan:
Pelanggan adalah aset penting
kepada syarikat. Jika syarikat tidak dapat memberikan perkhidmatan yang baik
dan menjaga kepentingan pelanggannya, maka dari sudut etika syarikat berkenaan ia
boleh dianggap telah melanggar perjanjian untuk memberikan perkhidmatan yang
berkualiti.
Analisis
masalah etika di dalam pengurusan antaranya:
i)
Analisis
ekonomi
Teori makro dan mikro
ekonomi bergantung kepada pasaran terbuka, perbekalan dan permintaan seharusnya
boleh membantu di dalam sebahagian permasalahan etika.
ii)
Analisis
undang-undang
Sekiranya masalah etika
menjadi lebih besar, maka undang-undang boleh diguna pakai untuk menguruskan
dan menyelesaikan masalah ini.
iii)
Analisis
etika
Dalam suasana normative philosophy, setiap orang
mempunyai dasar pemikiran di dalam masyarakat dan bertindak pada prinsip yang
sama dan kemudian rakan atau sekumpulan di dalam masyarakat mestilah mendapat
layanan yang adil.